AljabbarKamunting
Rabu, 22 Julai 2015
Khamis, 5 Mac 2015
Khasiat Air Alkali - The Benefits of Alkaline Water
KHASIAT AIR ALKALI -
BENEFITS OF ALKALINE WATER
Adakah kita sedar air yang kita minun seharian memberi kebaikan kepada kesihatan badan. Apabila kita bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk tubuh badan yang sihat , terdapat masih ramai orang yang belum mengetahui tentang perkara ini. Ini kerana sebahagian besar daripada pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman itu sahaja, iaitu air adalah sebagai agen yang hanya untuk menghilangkan dahaga. Tetapi peranan air sebenarnya adalah lebih daripada itu.
Seharusnya kita memerlukan air minuman yang terbaik untuk kesihatan badan, walaupun sekadar untuk menghilangkan rasa dahaga. Kita memerlukan air yang memberi manfaat dan menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan badan secara amnya. Oleh itu, air alkali adalah jawapannya.
Air alkali mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Air alkali juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait rapat dengan tahap kesihatan badan.
Ramai antara kita yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kita kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga adalah salah satu penyumbang kepada keasidan di dalam badan.
Oleh itu, antara air yang terbaik unntuk air minuman ialah air zam zam yang juga adalah bersifat alkali. Ketidakseimbangan pH badan ke arah keasidan dalam jangkamasa panjang akan mengakibatkan kita mengalami penyakit kronik seperti kencing manis , tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kanser, gout, sakit buah pinggang dan sebagainya.
Untuk mengimbangi tahap keasidan, air alkali berion mampu menanganinya kerana ia terdiri dari kelompok molekul air yang kecil dan bersifat alkali, air alkali berion ini berupaya menguraikan sisa - sisa asid yang terkumpul dan memudahkan proses pembuangan melalui sistem percernaan, perpeluhan dan pernafasan kita.
Berikut adalah secara ringkasnya, antara khasiat air minuman alkali berion yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan badan adalah :
- Membantu sistem perkumuhan menyahkan sisa metabolisme dan menjaga oksigen untuk kecergasan.
- Bertindak sebagai anti - oksida, meneutralkan radikal bebas ( free radicals ) di dalam badan
- Kebanyakan makanan yang diambil mengandungi kandungan asid. Makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya boleh meningkatkan tahap keasidan di dalam badan. Walaupun asid diperlukan oleh badan. Contohnya dalam sistem percernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit. Menurut Dr.Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat akan bersifat asid. Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.
- Bebas dari pencemaran dan kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi galian dalam bentuk ionik untuk memudahkan diserap dalam sistem penghadaman.
- Menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan.
- Menyahkan toksik dalam badan dengan berkesan
- Toksik biasanya adalah lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat - ubatan dan hasil kumuh, Toksik ini perlu dikeluarkan segera dari dalam badan kerana boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit. Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksik dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Air alkali ini lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel - sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.
- Bertindak sebagai anti-oksida.
- Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas, iaitu mengandungi lebihan elektron pada sel - selnya yang apabila bergabung dengan sel - sel badan , ia akan menyebabkan sel - sel badan itu rosak. Bagi mengalang proses ini berlaku, ejen anti-oksida diperlukan untuk 'menangkap' radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksida) kepada radikal bebas. Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai agen anti-oksida yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu -tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
- Kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi kerana molekul airnya halus dan kandungan mineral adalah dalam bentuk ion.
- Keseimbangan paras pH dalam badan untuk pembentukan sel - sel sihat.
- Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air
- molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, air dapat diserap ke dalam tisu - tisu badan dengan mudah dan kekurangan air dalam badan dapat dikurangkan. Proses ini dinamakan penghidrasi, ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel - sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan. Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilang dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.
- Kanser Tidak Dapat Hidup di dalam Badan berkeadaan Alkali
- Pernah kah anda tahu bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang oksidgen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1923 telah menemui punca kepada berlakunya kanser di dalam tubuh badan . Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi. Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai beralkali.Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel - sel kanser akan tidak aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.
- Penawar Kepada Masalah Kesihatan
- Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit - birit dan angin berlebihan. Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan stok, dengan mengamalkan air alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air alkal dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.
- Air Alkali Membantu Pengurangan Berat Badan
- Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan. Air Alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksida yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu - tisu badan dan pengangkutan sel darah dengan meneutralkan asid - asid yang berlemak seterusnya menyingkirkan dari tubuh badan.
- Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan
- Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dr.Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu. Apabila air dibacakan dengan perkataan 'cinta', 'sedih' , dan 'perang' , kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak menarik dan terpecah - pecah. Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat - ayat yang dibacakan kepadanya. Fenomena ini juga sinonim dengan amalan air jampi umat Islam yang membacakan ayat - ayat suci Al-Quran pada air. Sememangnya kalimah Allah boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut diminum sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti yang diceritakan di dalam Al - Quran di dalam surah Al - Anbiya ayat 30 yang bermaksud, "Dan dari pada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup". Secara ringkasnya, air alkali memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air alkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia megandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan
Secara ringkasnya, air beralkali banyak memberi manfaat kepada kesihatan badan . Dengan menggantikan air mineral biasa kepada air alkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia adalah sumber mineral yang bermanfaat kepada kesihatan badan.
Khamis, 18 Disember 2014
BUAH DELIMA DAN PATI DELIMA
KELEBIHAN PATI DELIMA
Pati Delima Pekat penuh khasiat 100% perahan buah delima tulen yang mengandungi khasiat semulajadi untuk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit..InsyaAllah dengan izin-Nya.
Khasiat Pati Delima :
1. Menstabilkan paras kolestrol
2. Mempunyai tahap anti-oksida yang tinggi
3. Melawan penyakit jantung
4. Merangsang tenaga batin
5. Menguatkan sistem pertahanan badan
6. Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
7. Menghalang kemasukan virus Hiv-1 dan Microbicide
8. Mengelakkan kanser kelenjar prostate
9. Melawan penyakit payudara
10. Merendahkan tekanan darah
11. Menguatkan kesihatan gigi
12. Mencegah daripada penyakit Alzheimer ( Nyanyuk )
13. Mengurangkan batuk dan asma
14. Mengandungi kepelbagaian vitamin
15. Melindungi otak bayi
16. Bagi wanita amat baik mengamalkannya untuk kecantikan diri.
17. Mengatasi masalah sengugut dan haid yang tidak teratur.
CARA AMALAN :
Terdapat beberapa cara amalan yang boleh diamalkan mengikut kesesuaian seseorang individu tersebut. Berikut adalah antara cara amalan yang boleh diamalkan
1. Ambil 1 sudu diminum terus kemudian minum air suam.
2. Larutkan 1 sudu bersama 1/2 cawan air suam, kacau mengikut arah lawan jam sambil BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W. Kemudian niat, untuk sembuh daripada penyakit yang dihadapi. Baca Bismillah dan minum.
3. Amalkan 2 kali sehari, sekali sebelum tidur dan sekali sebelum sarapan.
4. Amat baik diminum bersama madu, susu kambing atau cuka pati delima / cuka kurma .
Langgan:
Ulasan (Atom)